Yakinlah
Teringat kata-kata Abi, mudir Madrasah Tahfiz Huda Al-Islam sekolah menengah saya dulu. Katanya, "yang buat seseorang itu bahagia dalam hidup ini ialah bila dia dapat kepuasan dan keberkatan. Kau pegang kata-kata aku, sampai satu hari nanti kau akan faham sendiri". Saya pun tanpa banyak tanya hanya menuruti sahaja. Hari demi hari berlalu, sampai saya berjaya menamatkan dunia persekolahan. Habis periksa SPM saya berpeluang berkhidmat di madrasah. Jujur, masa akhir-akhir periksa tu saya jadi takut. Seharusnya bahagia sebab..... Ye la, masa yang dinanti-nantikan hampir tiba. Namun sebaliknya, saya jadi fikir selepas sekolah nanti nak buat apa? Kalau kerja, nak kerja apa? Siapa yang terima? Nak sambung belajar kat mana? Layak ke dengan keputusan yang aku akan dapat nanti? Banyak sangat persoalan-persoalan mengganggu fikiran. Berbekalkan keyakinan dan kebergantungan pada Dia, saya pun memperkukuhkan langkah untuk meniti hari-hari seterusnya. Dalam imaginasi, dunia luar ni mencabar...