Yakinlah

Teringat kata-kata Abi, mudir Madrasah Tahfiz Huda Al-Islam sekolah menengah saya dulu. Katanya, "yang buat seseorang itu bahagia dalam hidup ini ialah bila dia dapat kepuasan dan keberkatan. Kau pegang kata-kata aku, sampai satu hari nanti kau akan faham sendiri". Saya pun tanpa banyak tanya hanya menuruti sahaja. Hari demi hari berlalu, sampai saya berjaya menamatkan dunia persekolahan. Habis periksa SPM saya berpeluang berkhidmat di madrasah. Jujur, masa akhir-akhir periksa tu saya jadi takut. Seharusnya bahagia sebab..... Ye la, masa yang dinanti-nantikan hampir tiba. Namun sebaliknya, saya jadi fikir selepas sekolah nanti nak buat apa? Kalau kerja, nak kerja apa? Siapa yang terima? Nak sambung belajar kat mana? Layak ke dengan keputusan yang aku akan dapat nanti? Banyak sangat persoalan-persoalan mengganggu fikiran. Berbekalkan keyakinan dan kebergantungan pada Dia, saya pun memperkukuhkan langkah untuk meniti hari-hari seterusnya. Dalam imaginasi, dunia luar ni mencabar.... so kena berhati-hati jangan sampai terperdaya dengan habuan dunia. Selepas sebulan lebih berkhidmat di madrasah saya buat keputusan untuk pindah ke Yogyakarta, sebab ada adik lelaki di sana. Siapa yang belom pernah ke sana wajib pergi, tak ada istilah membosankan. Hanya dengan bersepeda, saya merentas setiap sudut kota yang penuh seni itu. Masuk minggu kedua, hati mulai risau sebab poket mulai kering. "Tak boleh jadi, aku harus cari kerja. Tapi kerja apa?" Hati bermonolog. Alhamdulillah, kebetulan masa tu, tempat yang kami diami ada family jiran yang baik. Saya pun mengajukan hasrat saya ke dia, mbak Susy kami panggil. Banyak jugak tempat saya mintak, sampai satu hari saya ditawarkan untuk bekerja di Toko Susan Toys. Kebetulan pemilik kedai itu orang minang, satu suku dengan ayah saya. Ini memudahkan saya diterima kerja di situ. Selama di sana, tak hanya bekerja bahkan saya menyempat diri untuk join program yang ada di laksanakan di University Jogja, antaranya UGM dan UNY. Pernah jugak jeleous dekat sahabat-sahabat yang lain,  sebab parents mereka amat merisaukan mereka bila berjauhan dengan keluarga. Bahkan ada yang tak pernah keluar sorang atau dengan kawan sekalipun, saking risaunya ibu ayah mereka. Berbeza dengan diri saya. Selalu sorang....tak ada lah berseorangan sepanjang masa, maksudnya pergi dengan orang lain yang bukan keluarga atau bahkan ada yang betul-betul baru kenal. Awalnya sedih, tapi bila difikirkan betul-betul, kenapa mereka yang aku jumpa ni baik belaka? Ohhhh...masa tu aku yakin, mama takkan lepaskan aku kecuali dengan keyakinan dia pada Allah Yang Maha Baik. Dia yakin setiap apa yang akan berlaku pada aku kat luar nanti semuanya baik. Imam Abu Muhammad Sahl bin Abdullah al-Tustari rahimahullah berkata:

الإخلاص...أن تكون حركته وسكونه في سره وعلانيته لله تعالى وحده لا يمازجه شئ لا نفس ولا هوى ولا دنيا

"Ikhlas...adalah gerak dan diamnya dalam keadaan sendirian atau di hadapan orang lain hanyalah kerana Allah Taala semata-mata, tidak bercampur sesuatupun, sama ada nafsu, keinginan mahupun tujuan keduniaan.”

Comments

Popular posts from this blog

Menggunakan maktabah Waqfeya