First Paper Sem 2
Tepat pukul 8.45 pagi 23 October 2018 aku masuk dewan peperiksaan di akademi pengajian Islam dekat campus aku, KUIM. Yaitu hari pertama peperiksaan untuk sem 2. Dengan perasaan sedikit tenang, tak macam sebelum2 ni, sangat takut macam nak hadap kiamat rasa. Tapi kali ni tidak, mungkin dengan persediaan yang sangat mantap pada hari sebelum2nya membuatkan diri aku amat sangat confident untuk cepat2 jawab soalan exam. Masuk dewan, duduk dan sabar menanti arahan pengawas peperiksaan. Tepat jarum jam menunjukkan pukul 9.00 semua pelajar dibolehkah untuk mula menjawab. Tapi peliknya, bila baca je soalan pertama, otak aku jadi blank.... kosong, tak tau nak jawab apa. Justeru tajuk2 yang aku tak hafal aku boleh jawab, kau rasa. Fuhhhhh sakit kepala, jiwa, raga semua lah. Hanya beberapa soalan je dapat jawab.
Sepanjang masa peperiksaan aku cuba manfaatkan detik masa yang ada dengan sebaiknya, berusaha mengingat apa yang mampu. Arghhhh..... Hilang semua, kepala aku betul2 sakit. Bila tengok masa tinggal 15 menit aku pun berdiri nak cepat2 keluar dewan. Terus balek ke rumsis dengan langkah perlahan bersama rasa kesal.... "siapa suruh tak dengar kata ustaz" bisik hati. Sebelum periksa ustaz pesan, "periksa nanti kamu boleh beriman bulat2 dengan soalan lepas". Heheh aku pegi rajin sangat fahamkan semua. Bayangkan, manalah sempat waktu yang singkat nak hadam semua tajuk sepanjang sem, ye semua aku hafal dan hadam. Alhamdulillah faham, tapi aku tak ingat words yang kena keluarkan atas kertas jawapan. Macam yang aku kata tadi.... hilang semua.
Sampai je rumah, letak beg atas katil, angkat baju di ampaian, terus lipat dan susun kat dalam almari. Then, tukar baju dan terus meluruskan badan atas katil.... usaha memejamkan mata. Alhamdulillah, dapat jugak terlelap walau hanya beberapa saat. Selepas daripada tu dah tak boleh lena, sebab rasa kesal yang masih menghantui. Aku pon pegi dapatkan talifon bimbit dan terus bukak YouTube, tu je yang aku rasa boleh lupakan sejenak apa yang dah berlaku. Terpaksa. Actually course mate bagi challenge kat aku untuk tak bukak YouTube, tapi sebab aku perlukan sesuatu untuk jawab persoalan. Tanpa ambil masa yang lama, ibu jari segera dapatkan apps tu dan type tajuk yang sesuai untuk ditonton. Tajuk yang aku pilih "otak manusia". Sebab rasa pelik dengan kemampuan orang lain, senang je mengingat. Bukan tak bersyukur dengan apa yang aku ada, tapi aku tak nak stay pada takuk yang sama. Dapat banyak jugak perkongsian dari beberapa video yang aku tonton. Dan dari situ aku boleh detect kesilapan aku.
Apa dia?
Aku tak tidur, *ehhh tipu lah tak tidur..... Maksudnya aku kurang tidur. 2 malam berturut2 aku mengekang mata menghafal siang malam, ye lah... Arab, selain kena faham makna kena hafal jugak, lagilah subject yang aku hafal ni usul fiqh, banyak kaedah2 hukum yang perlu difahami. Namun apakan daya, impactnya.....kurang tidur dapat memperburuk ingatan. Sedangkan melalui tidur dapat merehatkan dan membuang racun2 tak bermanfaat dalam otak. Tapi, bila otak terlalu letih, dapat je tido, haaaaa habis semua dia delete dalam memori. Nampak kat situ. Okay lepas ni, belajar lah secara sehat. Study smart!!!
Sekian. Salam zohor dari KUIM Melaka.
Comments
Post a Comment